Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.min.jam] | ڤمينجم

Definisi : 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.min.jam] | ڤمينجم

Definisi : orang yg meminjam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mortgagegadai janjiEkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang ditawarkan oleh bank kepada peminjam dan peminjam memberikan harta sebagai cagaran. Sekiranya peminjam tidak dapat melunaskan pinjamannya, maka bank akan menjual harta tersebut untuk melangsaikan bahagian pinjaman yang belum dibayar. Perbezaan antara hasil jualan dengan pinjaman yang belum dibayar akan dikembalikan kepada peminjam. Gadai janji ini biasanya menjadi syarat dalam akad bai‘ bithaman ajil dan akad murabahah.
borrower's registerdaftar peminjamPerpustakaanTiadaKad permohonan peminjam yang bertandatangan yang disusun menurut urutan abjad. Kadangkala dipanggil `Fail peminjam'.
borrower registrationpendaftaran peminjamPerpustakaanTiadaPermohonan peminjam yang difailkan dalam susunan abjad.
sale of a debt with debtbai‘ kali bi kaliEkonomiEkonomi IslamSejenis jualan kredit. Pada tarikh matang, peminjam meminta dipanjangkan tempoh matang dengan janji akan membayar tambahan terhadap harga asal. Hakikatnya, amaun hutang yang dijual kepada peminjam disertakan dengan keuntungan. Contohnya, apabila tiba tempoh pembayaran dan peminjam tidak mampu membayar, beliau mengatakan kepada pemberi pinjaman “Jual hutang anda kepada saya untuk satu jangka masa tertentu dan saya akan menambah sekian amaun.” Dalam situasi ini, pemberi pinjaman menjual hutang asal kepada peminjam yang sama dengan harga yang lebih tinggi. Tambahan kepada hutang asal dalam jualan kredit ini dianggap sebagai riba dan tidak boleh dijadikan suatu akad dalam perbankan Islam. Sinonim bai‘ dain bi dain.
borrower's numbernombor peminjamPerpustakaanTiadaNombor pendaftaran yang diberi pada pengguna perpustakaan. Juga dikenali sebagi `Nombor Kad Peminjam'.
credit riskrisiko kreditEkonomiEkonomi IslamRisiko yang terpaksa ditanggung oleh pemberi pinjaman, iaitu wujudnya kemungkinan peminjam atau pengeluar bon tidak membayar balik pinjaman seperti yang dipersetujui. Setiap pengeluar bon atau peminjam akan dinilai risiko kredit masing-masing oleh agensi penarafan. Pemberat risiko yang berbeza diberikan kepada pengeluar bon atau peminjam yang berbeza. Contohnya, bon kerajaan yang bertaraf antara A+ dan A- akan diberi risiko kredit yang rendah berbanding bon yang bertaraf di bawah B-.
bespeaking booksbuku tempahanPerpustakaanTiada1. Buku yang dikembalikan oleh peminjam lain, dan diasingkan untuk dipinjamkan kepada peminjam yang telah menempahnya dalam jangka masa tertentu.,2. Satu daripada kumpulan buku yang diasingkan dan ditahan daripada edaran umum, khususnya untuk keperluan bacaan di kolej atau sekolah.
credit life insuranceinsurans hayat kreditinsuransTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
credit life insuranceinsurans hayat kreditPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans ke atas hayat peminjam untuk melindungi bayaran hutang sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum hutang dilunaskan. Perlindungan ini selalunya diuruskan melalui syarikat pemberi pinjam ke atas kumpulan atau individu.
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
123456

Kembali ke atas