| أثر الخلاف | athar khilf | Agama Islam | Fiqh | Kesan ke atas hukum daripada perbezaan pendapat ulama. |
| أقوال العلمأ | kata ulama | Agama Islam | Fiqh | Pendapat ulama fiqh. |
| seed sharing | perkongsian benih tanaman | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang membolehkan pemilik tanah dan pengusaha berkongsi menyediakan benih untuk tanaman. Kadar perkongsian penyediaan benih tanaman bergantung pada persetujuan kedua-dua belah pihak. Mengikut pendapat jumhur ulama, perkongsian benih tanaman dalam akad muzaraah tidak dibenarkan dan menyebabkan akad tidak sah, tetapi dianggap sah mengikut mazhab Maliki. |
| valid pawnbroking | gadaian sah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Gadaian yang memenuhi semua syarat yang diperlukan. Syarat tersebut meliputi syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang syarat tersebut. Contohnya, gadaian barang majhul adalah sah mengikut mazhab Syafii dan Hambali tetapi tidak sah mengikut mazhab Hanafi. |
| wakalah mutlaqah | pewakilan mutlak | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang memberi kuasa penuh kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjual tanah saya ini". B menjawab "Saya terima". Akad wakalah ini tidak menentukan harga dan cara pembayaran, tetapi terserah kepada budi bicara wakil untuk kebaikan pewakil. Mengikut pendapat jumhur ulama, wakil tidak boleh melaksanakan pewakilan yang diterima sekiranya menyalahi uruf setempat, sama ada dari segi harga atau cara pembayaran. Manakala mengikut pendapat Abu Hanifah, akad ini hendaklah dilaksanakan mengikut lafaz mutlak sekalipun boleh menyebabkan kerugian yang besar tanpa perlu merujuk kepada uruf setempat. |