| full throttle | pendikit penuh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kedudukan injap pendikit yang terbuka sepenuhnya yang dicapai dengan menekan injak pemecut sepenuhnya ke lantai kenderaan. Keadaan ini bergantung pada laras yang ditentukan. |
| full throttle | pendikit penuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan injap pendikit karburetor yang terbuka penuh, apabila injak pemecut ditekan ke paras maksimum. |
| wide open throttle | pendikit buka penuh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kedudukan injap pendikit yang terbuka sepenuhnya. Dalam keadaan ini, aliran udara yang melalui injap dan kuasa enjin yang dihasilkan adalah maksimum. |
| throttle valve | injap pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap cakera bulat dalam badan pendikit pada enjin pencucuhan bunga api. Injap ini boleh diputarkan kepada sudut tertentu untuk mengawal kadar aliran udara atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam pancarongga pengambilan. Operasi buka- tutup ini mengawal kelajuan dan kuasa enjin. |
| throttle pressure | tekanan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tekanan yang wujud pada satu hujung injap pendikit, yang berubah menurut perubahan vakum pancarongga masukan enjin. |
| throttle-position sensor | penderia kedudukan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengukur bukaan dan kedudukan injap pendikit dan menghantar maklumat kepada komputer yang mengawal pancutan bahan api. Singkatan TPS. |
| vacuum advance | lajakan vakum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Mekanisme yang melajakkan atau merencatkan pemasaan pen- cucuhan melalui tindakan vakum yang dijana oleh pancarongga pengambilan enjin. Keadaan vakum ini dipengaruhi bukaan pendikit dan beban enjin. Apabila injap pendikit terbuka separuh, keadaan vakum dalam pancarongga pengambilan menarik diafragma dalam pengagih menyebabkan plat pemutus berputar beberapa darjah dan melajakkan masa pencucuhan. Lajakan vakum tidak berlaku dalam kes pendikit tertutup atau pendikit terbuka sepenuhnya. |
| throttle body | badan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah yang mengandungi injap dan mengatur aliran udara masuk ke pancarongga pengambilan serta sistem suntikan badan pendikit. |
| throttle body injection | suntikan badan pendikit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem suntikan bahan api untuk enjin gasolin berbilang silinder yang dilengkapi satu penyuntik bahan api yang dipasang hanya pada badan pendikit. |
| idle solenoid | solenoid pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan. |