Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
controlling force diagramgambar rajah daya pengawalMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan perubahan daya pengawal pada pengawal imbang dengan jejari pengawal imbang itu. Lihat juga daya pengawal, pengawal imbang.
unstable governorpengawal imbang tidak stabilMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai jejari putarnya menurun apabila laju bertambah. Bagi pengawal imbang ini, laju keseimbangan pada kedudukan sarung paling bawah adalah lebih tinggi daripada laju keseimbangan pada kedudukan paling atas. Maka sarung itu akan sentiasa bergerak ke salah satu kedudukan had itu.
isochronous governorpengawal imbang bersemasaMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai laju keseimbangan yang sama untuk semua jejari putar. Bagi pengawal imbang jenis ini, sarung pengawal beranjak ke salah satu kedudukan yang paling jauh sebaik-baik sahaja laju berubah daripada laju bersemasa. Mana injap masuk bahan api akan terbuka atau tertutup sepenuhnya dan keseimbangan sukar dicapai.
stable governorpengawal imbang stabilMekanikGunaanPengawal imbang yang mempunyai hanya satu jejari putar untuk keseimbangan bagi sesuatu kelajuan dan julat kerjanya. (Jejari putar perlu bertambah mengikut kelajuan).
inertia governorpengawal imbang inersia/governor inersiaKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengawal imbang empar jenis aci yang menggunakan lengan berpemberat pangsi sipi yang bertindak pantas terhadap turun naik laju akibat inersianya.
governor pressuretekanan pengawal imbangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTekanan pada bahagian hujung injap anjakan, yang dikawal oleh tindakan pengawal imbang.
racinglumbaanKejuruteraanTiadaKeadaan enjin apabila kadar-kadar kelajuannya berlebihan, disebabkan perubahan pada rintangan yang perlu diatasinya, atau ketiadaan pengawal imbang, atau pengawal imbang yang ada tidak sesuai.
power of governorkuasa pengawal imbangMekanikGunaanKerja yang dilakukan padasarung pengawal bekalan bahan api untuk sesuatu perubahan laju yang tertentu; kuasa pengawal imbang sama dengan usaha min didarab sesaran sarung.
controlling forcedaya pengawalMekanikGunaan(bagi pengawal imbang) Daya memusat yang bertindak pada bebola yang berputar disebabkan berat sarung, daya pegas, dan sebagainya. Pada sebarang laju keseimbangan, daya pengawal sama dan berlawanan dengan daya empar. Lihat juga pengawal imbang.
governorpengawal imbangKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk membatasi atau mengawal laju enjin. Pengendaliannya dilakukan dengan cara mengawal atau mengatur perbekalan bahan bakar kepada enjin berdasarkan kepada keperluan atau permintaan kuasa yang dikehendaki.
123

Kembali ke atas