| yarding | pengepungan | Veterinar | Tiada | Tiada |
| enclavement | pengepungan | Landskap | Tiada | Landskap yang dikelilingi hampir keseluruhannya oleh tanah tinggi seperti bukit, gunung dan banjaran. |
| cornering (the market) | pengepungan (pasaran) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi pembelian, bertujuan untuk menguasai harga sesuatu sekuriti atau komoditi. |
| cornering (the market) | pengepungan (pasaran) | Ekonomi | Tiada | Tiada |
| phagocytosis | fagositosis | Perikanan | Akuakultur | Pengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati. |
| phagocytosis | fagositosis | Biologi | Mikrobiologi | Proses pengepungan dan pencernaan mikroorganisma atau benda asing oleh fagosit. Misalnya, sel darah putih mengepung, dan menarik masuk bakteria ke dalam sitoplasmanya dengan menggunakan pseudopodium, dan kemudian memusnahkan bakteria itu dengan enzim. |
| blockade | sekatan | Sejarah | Tiada | 2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh. |
| blockade | sekatan | Sains Politik | Tiada | 2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh. |
| blockade | sekatan | Undang-undang | Tiada | 1. Apa sahaja yang menghalang akses atau kemaraan.,2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh. |
| military sanction | sanksi ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq. |