| balancing side | bahagian pengimbang | Pergigian | Tiada | Bahagian gigi yang bersentuhan dengan gigi bertentangan apabila rahang bawah bergerak ke sisi (lateral). Bahagian pengimbang adalah di bahagian bertentangan dengan pergerakan ke sisi mandibel. Sekiranya rahang bawah bergerak ke kanan, bahagian pengimbang adalah di sebelah kiri. Bahagian pengimbang khas ditujukan bagi gigi dentur penuh sahaja kerana bahagian ini memberi kestabilan kepada dentur dan jika terdapat gangguan, dentur akan mudah tertanggal. |
| balancing contact | sentuhan pengimbang | Pergigian | Tiada | Gigi atau gigi dentur yang bersentuhan dengan gigi yang setentang di bahagian pengimbang. Sentuhan ini penting kerana ia memberi kestabilan kepada dentur apabila dentur bergerak ke sisi. Jika tidak, dentur akan tertanggal dari mulut disebabkan tiada penyokong di bahagian tak kerja. Sentuhan di kawasan ini perlu dibuang kerana ia menyebabkan gangguan oklusi tetapi sentuhan di bahagian pengimbang memberi kestabilan kepada dentur. |
| counterpoise | pengimbang; jambatan baskul | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengimbang: Sebarang pemberat yang diletakkan pada mekanisme yang tak terimbang untuk mendapatkan keseimbangan statik. Sinonim: imbangan balas.,2. Jambatan baskul: Jambatan yang terengsel di tebing untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya dengan mengangkat bahagian di sebelah atas sungai dan menurunkan bahagian yang di tebing di belakang engsel. |
| balancer set | set pengimbang | Teknik | Elektrik | Satu set alat kelengkapan yang berfungsi sebagai pengimbang bekalan voltan yang terdiri daripada motor dan penjana arus terus. Set ini biasanya digunakan untuk bekalan voltan talian bekalan arus terus setelah mengalami kesusutan voltan akibat pemasangan beban yang tidak seimbang di antara talian positif dengan talian negatif. |
| balancing contact | sentuhan pengimbang | Perubatan | Tiada | Sentuhan antara permukaan oklusi gigi atas dan bawah di bahagian pengimbang untuk menstabilkan dentur. |
| balancing side interference | gangguan bahagian pengimbang | Perubatan | Tiada | Gangguan pergerakan mandibel disebabkan persentuhan kuspa di bahagian pengimbang dan memerlukan pengisaran berpilih untuk mengatasinya. |
| balancing occlusal surface | permukaan oklusi pengimbang | Perubatan | Tiada | Permukaan oklusi gigi atau landas dentur yang bersentuhan dengan permukaan setentang untuk memberi sentuhan pengimbang. |
| aerodynamic balance | imbangan aerodinamik | Aeroangkasa | Tiada | Permukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk.,Permukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk. |
| balancer | pengimbang | Fizik | Tiada | Tiada |
| balancer | pengimbang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |