| escape hatch | hac lepas/hac kecemasan | Aeroangkasa | Tiada | Pembukaan pada bahagian struktur fiuslaj yang penutupnya boleh dibuka dengan mudah untuk membantu anak kapal keluar dari pesawat udara semasa kecemasan.,Sejenis enjin ramjet dengan pembakaran supersonik.,Konfigurasi sesuatu sayap yang garis suku rentasnya dipesongkan ke belakang atau ke hadapan.,Pembukaan pada bahagian struktur fiuslaj yang penutupnya boleh dibuka dengan mudah untuk membantu anak kapal keluar dari pesawat udara semasa kecemasan. |
| slot screw | skru bertukup | Kesenian | Tiada | Skru yang mempunyai lubang pada bahagian kepalanya untuk dipasangkan penutupnya. |
| inspection elbows | siku pemeriksaan | Teknik | Elektrik | Siku pembuluh berbentuk sesiku atau T yang boleh dibuka penutupnya untuk tujuan pemeriksaan kabel atau untuk kemudahan memasukkan atau mengeluarkan kabel semasa kerja pemasangan, penambahan atau pengubahsuaian pemasangan tersebut. |
| duct | salur | Teknik | Elektrik | 1. Tiub logam panjang dengan keratan rentasnya berbentuk segi empat bujur tanpa berpenutup di hujungnya. Tiub ini merupakan tempat laluan kabel yang biasanya dipasang tersembunyi dalam tanah atau lantai. Salur digunakan dalam pendawaian kerana salur dapat menyediakan pendawaian walaupun kedudukan alat sebenar belum diketahui, mudah diubah/ditambah litar tanpa perlu memecah simen penutupnya, kemas dan teratur. Biasanya salur digunakan untuk pendawaian seperti di makmal, dan pejabat. Nama lainnya ialah salur bawah lantai. 2. Laluan pengaliran udara untuk penyejukan mesin elektrik atau bilik, dalam sistem penyaman udara. |