| introspection | introspeksi | Perubatan | Tiada | Kajian seseorang individu terhadap pemikiran dan perasaannya sendiri. |
| abreaction | abreaksi | Perubatan | Psikiatri | Psikoanalisis yang digunakan supaya pesakit meluahkan perasaannya berhubung dengan pengalaman buruk yang terpendam. |
| fidgety habit | tabiat gelisah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perangai seseorang yang selalu tidak tenteram perasaannya atau tidak tenang hati. |
| creation | ciptaan | Komunikasi | Tiada | Hasil daripada ilham dan imaginasi seseorang melalui desakan minda dan perasaannya. Bentuk ciptaan ini boleh terdiri daripada unsur-unsur kesenian bahan tulisan, bahan tontonan dan sebagainya. |
| anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
| soliloquy | solilokui | Kesusasteraan | Tiada | Komunikasi watak pada dirinya sendiri dan kepada khalayak bagi mengambarkan pemikiran dan perasaannya. |
| fantasy | fantasi | Perubatan | Tiada | Mekanisme psikik yang diamalkan oleh seseorang untuk melarikan diri daripada kenyataan yang mengganggu perasaannya. |
| impressionism | impresionisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya penciptaan dalam puisi moden. Lazimnya penyair mencitrakan sesuatu suasana atau peristiwa lebih mengikut perasaannya sendiri. |
| narcoanalysis | narkoanalisis | Perubatan | Tiada | Sejenis rawatan psikoterapi dengan pemberian dadah berbirturat kepada pesakit dengan perlahan-lahan secara intravena. Rawatan ini dilakukan untuk membolehkan pesakit meluahkan perasaannya yang tertindas. Sin: narkosintesis |
| empty chair technique | teknik kerusi kosong | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan dalam terapi Gestalt yang mengutamakan kesedaran mengenai perasaan klien. Dalam teknik ini, kerusi kosong diletakkan berdekatan dengan klien supaya dia dapat melahirkan perasaannya dengan membayangkan seseorang berada di atas kerusi tersebut yang akan mendengar segala rintihannya. Klien dalam terapi ini akan berasa lebih selamat kerana mencurahkan perasaan kepada individu dalam bayangannya yang tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepadanya. |