Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rate manualmanual kadarPentadbiran PerniagaanTiadaManual yang mengandungi sebut harga bagi kos seunit insurans untuk pelbagai perlindungan, maklumat dan pengunderaitan awal, peraturan syarikat insurans untuk panduan pengunderait dan ejen-ejen. Bagi insurans hayat, jumlah nilai lucut hak dan skel dividen, juga diberi.
import licenselesen importHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran untuk mengimport produk berdaftar. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), mana-mana syarikat yang ingin mengimport produk berdaftar perlu mempunyai lesen import yang sah dan diperbaharui secara tahunan.
control of importationkawalan pengimportanHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah.
administrative autonomyautonomi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Hak atau kuasa pemerintahan mutlak yang dipegang oleh sesebuah organisasi tanpa penguasaan atau campur tangan pihak lain. Autonomi pentadbiran membolehkan organisasi membuat sesuatu keputusan, mengambil tindakan, menentukan hala tuju dan mengambil pendekatan yang sesuai dalam pengendalian sesuatu urusan. Autonomi pentadbiran secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan imej yang positif kepada organisasi dari kaca mata masyarakat. Contohnya, hak membuat pelantikan pekerja baru, penentuan kadar gaji dan penggubalan peraturan syarikat boleh dibuat tanpa merujuk kepada pihak lain.

wholesaler’s licenselesen pemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli secara borong. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), lesen pemborong bagi produk berdaftar dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kepada syarikat khusus untuk sesuatu premis.
centralised bureaucracybirokrasi terpusatPentadbiranPentadbiran Awam

Organisasi, syarikat atau badan rasmi yang mempunyai bahagian atau jabatan tertentu dan berhierarki, tetapi wujud pemusatan kuasa pada pihak pengurusan atasan sahaja. Perlembagaan syarikat, peraturan dan undang-undang serta proses tadbir urus birokrasi terpusat biasanya diputuskan oleh badan yang bertanggungjawab dan berkuasa penuh ke atas organisasi tersebut. Contohnya, Kerajaan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dalam merangka dan mentadbir urus sistem organisasi sektor awam. Walau bagaimanapun, birokrasi terpusat boleh dirujuk kepada agensi kerajaan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing tetapi masih tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan dalam sesebuah negeri seperti kerajaan tempatan.

wholesalerpemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang menjalankan aktiviti jual beli produk secara pukal. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, pemborong harus mempunyai lesen untuk menjual secara borong atau membekal produk berdaftar kepada peruncit.
contract manufacturerpengilang kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang mengilang produk berdaftar atas permintaan syarikat lain. Pengilang kontrak perlu memiliki lesen pengilangan produk berdaftar.
cosmetic notification holderpemegang pemberitahuan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik.
existing product registration holderpemegang pendaftaran produk sedia adaHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan merupakan pengguna sistem pendaftaran produk dan perlesenan (QUEST) yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Pemegang pendaftaran produk sedia ada diberi kuasa untuk memasarkan produk berdaftar di Malaysia.
123456

Kembali ke atas