| cruel treatment | perlakuan kejam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan. |
| persecute | tindas terus | Sejarah | Tiada | Perbuatan menindas atau menekan atau menganiaya seseorang atau kumpulan tertentu dengan niat buruk atau jahat. |
| degrading treatment | perlakuan merendahkan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual. |
| inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |
| abreaction | abreaksi | Perubatan | Tiada | Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit berhubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pengalaman berkenaan melalui pertuturan ataupun perbuatan. Sin: katarsis |