| sharikah mudarabah | syarikat mudarabah | Perniagaan Islam | Tiada | Perniagaan yang dijalankan oleh satu pihak sebagai pengusaha manakala modal tunai pula disediakan oleh pihak lain. Keuntungan dikongsi secara bersama mengikut persetujuan manakala kerugian pula hanya ditanggung oleh pemodal. |
| interrupted gene | gen terganggu | Biologi | Genetik | Gen eukariot yang terdiri daripada mozaik jujukan pengekodan dan bukan pengekodan; jujukan pengekodan didapati pada RNA matang manakala jujukan bukan pengekodan tidak wujud pada RNA matang; jujukan pengekodan juga dikenali sebagai ekson manakala jujukan bukan pengekodan dikenali sebagai intron. |
| Ptolemic system | sistem Ptolemy | Matematik | Tiada | Sistem suria menurut Ptolemy, ahli falak Yunani yang tinggal di Iskandariah yang mengandaikan bahawa bumi ini terletak di tengah-tengah tidak bergerak, manakala matahari dan bulan beredar mengelilinginya dalam orbit yang berbentuk bulat, manakala planet yang lain-lain pula beredar dalam bulatan kecil yang diketahui sebagai epitikar, yang pusat masing-masing beredar mengelilingi bumi dalam bulatan besar yang diketahui sebagai deferen. |
| converging flight rule | aturan penerbangan menumpu | Aeroangkasa | Tiada | Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak.,Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak. |
| tahammul al-tabi‘at | pertanggungjawaban | Perniagaan Islam | Tiada | Kewujudan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seiring dengan sesuatu akad. Contohnya, dalam akad jual beli, penjual berkewajipan untuk menyerahkan produk manakala pembeli membayarnya. Tahammul al-tabi‘at dalam akad sewaan kenderaan pula dilaksanakan apabila penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa manakala pemilik bertanggungjawab menyediakan kenderaan. |
| exhaust system | sistem ekzos | Aeroangkasa | Tiada | Sistem saluran iaitu tempat gas ekzos dari sistem pembakaran atau turbin dikeluarkan melaluinya. Enjin piston menggunakan pancarongga, manakala enjin jet menggunakan muncung.,Jarak maksimum bagi juruterbang dapat melihat tanda atau lampu yang menunjukkan kedudukan garisan tengah landasan semasa berlepas dan mendarat.,Bahagian sayap yang bersambung dengan fiuslaj.,Sistem saluran iaitu tempat gas ekzos dari sistem pembakaran atau turbin dikeluarkan melaluinya. Enjin piston menggunakan pancarongga, manakala enjin jet menggunakan muncung. |
| burn wound | luka bakar | Perubatan | Tiada | Kecederaan akibat terkena haba, seperti api dan bahan kimia. Luka bakar darjah pertama dicirikan dengan kemerahan kulit, manakala luka bakar darjah kedua pula dicirikan dengan lecur dan lukar bakar darjah ketiga dicirikan dengan nekrosis pada keseluruhan bahagian dermis dan epidermis kulit. Luka bakar darjah pertama dan kedua disebut luka bakar separa, manakala luka bakar darjah ketiga disebut luka bakar penuh. |
| sago by-product | hasil sampingan sagu | Veterinar | Tiada | Hasil sampingan yang diperoleh daripada perusahaan sagu. Hasil-hasil tersebut terdiri daripada hampas dan buangan kanji. Hampas sagu mengandungi tenaga dan protein yang rendah manakala kandungan serabutnya sangat tinggi. Bahan ini hanya sesuai untuk diberi makan pada ternakan ruminan pada kadar kurang daripada 10%. Manakala, buangan kanji mempunyai kandungan tenaga yang tinggi tetapi kandungan protein dan serabutnya rendah. Bahan ini boleh dijadikan sumber tenaga untuk ternakan. Nama saintifik sagu: Metroxylon spp. |
| calipher | jangka sorong | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang terbentuk seperti huruf F yang mempunyai bacaan angka atau digital. Bahagian yang paling atas kekal manakala bahagian bawahnya boleh dilaras untuk mendapatkan ketebalan bacaan artifak. Contohnya, pada tembikar tanah, jika permukaan tidak rata ukuran secara berasingan akan diambil pada setiap bahagian seperti pada bahagian bibir, leher dan badan manakala bagi tembikar yang tidak sama ketebalannya pula, bacaan akan diambil pada bahagian yang paling tebal dan bahagian yang paling nipis. Anggaran ketebalan keseluruhan tembikar diambil berdasarkan selisih bacaan antara bahagian yang tebal dengan bahagian yang nipis. Alat ini juga digunakan untuk mengukur ketebalan pada alat batu atau kranium. |
| retakaful | takaful semula | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak takaful antara sebuah syarikat pengendali takaful (syarikat terdahulu) dengan syarikat pengendali takaful lain (syarikat terkemudian). Syarikat terdahulu dikenali sebagai syarikat pemberi, manakala syarikat terkemudian dikenali sebagai syarikat penerima. Dalam kontrak ini, syarikat pemberi melanggan khidmat takaful daripada syarikat penerima bagi tujuan melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta syarikat pemberi, manakala syarikat penerima akan menanggung sebahagian risiko yang terdapat dalam syarikat pemberi. Oleh itu, syarikat pemberi akan membayar sumbangan tertentu kepada syarikat penerima yang berkongsi risiko berkenaan. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat takaful semula yang khas. |