| organic peroxide | peroksida organik | Kimia | Tiada | Terbitan hidrogen peroksida yang hidrogennya digantikan dengan radikal organik. Peroksida organik lebih berbahaya daripada peroksida tak organik kerana ia mudah meletup. Sebatian jenis ini diperoleh daripada tindak balas substrat organik dengan hidrogen peroksida. Peroksida organik digunakan sebagai racun kulat dan agen pensterilan. Misalnya, benzoil peroksida dan kumena peroksida. |
| peroxide | peroksida | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian yang mengandungi ion O22‑. Peroksida merupakan agen pengoksidaan yang kuat dan mudah terbakar. Kumpulan sebatian ini terhasil melalui pemanasan oksida dalam udara atau oksigen. Peroksida digunakan sebagai agen pengoksidaan, agen peluntur dan pemula pempolimeran. |
| peroxide value | nilai peroksida | Herba | Tiada | Nombor dalam unit miliekuivalen oksigen aktif yang menyatakan kandungan peroksida dalam seribu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan hidroperoksida yang menandakan tahap ketengikan minyak dan lemak daripada bahan mentah atau sediaan herba. Lima gram bahan herba ditindakbalaskan dengan campuran asid asetik glasial-kloroform (3:2) dan ditambah kalium iodida. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai peroksida diperoleh daripada ungkapan 10x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai peroksida piawai bagi minyak kelapa tidak melebihi 5.0 dan lemak bulu maksimum 10.0. |
| tooth bleaching agent | agen peluntur gigi | Pergigian | Tiada | Bahan kimia yang digunakan dalam teknik pelunturan gigi vital dan tak vital. Ia digunakan untuk memutihkan permukaan gigi yang telah berubah warnanya. Biasanya bahan kimia yang digunakan adalah hidrogen peroksida, karbamida peroksida atau natrium perborat. |
| hydrogen peroxide | hidrogen peroksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik, formula H2O2, takat beku –0.41oC, takat didih 150.2oC, berbentuk cecair likat, berwarna biru pucat, dan larut di dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida disediakan secara pengoksidaan bermangkin hidrogen dan air dengan kehadiran oksigen yang melibatkan penggunaan nikel, paladium atau platinum dengan 2-etil antrakuinon, atau secara elektrolisis larutan sejuk ammonium hidrogen sulfat. Cecair ini sangat reaktif dan di dalam larutan bertindak sebagai agen pengoksidaan yang kuat, manakala di dalam larutan beralkali bertindak sebagai agen penurunan. Hidrogen peroksida digunakan sebagai bahan antiseptik, bahan peluntur, sumber peroksida organik dan tak organik. |
| peroxide-amine system | sistem peroksida amina | Perubatan | Tiada | Sistem dua komponen, iaitu peroksida dan amina yang digunakan untuk menghasilkan radikal bebas yang akan memulakan pempolimeran vinil. |
| peroxide-mercaptan system | sistem peroksida merkaptan | Perubatan | Tiada | Sistem pengentalan untuk bahan impresi, terdiri daripada peroksida plumbum dan merkaptan. |
| peroxide value | nilai peroksida | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Angka yang menunjukkan darjah ketengikan minyak dan lemak. Peroksida merupakan produk yang terhasil apabila minyak atau lemak melalui proses oksidasi primer. |
| peroxide | peroksida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang oksida yang mengandung kumpulan O2 yang dua atom oksigennya bersambung dengan ikatan tunggal, terutamanya hidrogen peroksida. |
| peracid | perasid | Kejuruteraan | Tiada | Bahan kimia yang dibentuk oleh tindakan hidrogen peroksida pada asid normal, atau yang menghasilkan hidrogen peroksida apabila ditindaki asid lemah. |