| consociational democracy | demokrasi permuafakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini. |
| new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. |
| political prisoner | tahanan politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Seseorang yang dipenjarakan atau dirampas kebebasan bergerak kerana pegangan atau tindakan politiknya yang berbeza dengan golongan pemerintah. Contohnya, kumpulan individu yang dipenjarakan kerana mengkritik kerajaan atau terlibat dengan kelompok yang dianggap bertentangan dengan pemerintah dari sudut politik. |
| communalist | pengkauman | Sejarah | Tiada | Orang yang memegang fahaman bahawa dalam sesebuah pertubuhan, pada prinsipnya mestilah memastikan bahawa unit sosial atau politiknya adalah berpemerintahan sendiri. |
| plebiscite stamp | setem pungutan suara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan oleh negara yang mendapat kemerdekaan sementara yang masa depan politiknya diputuskan melalui pungutan suara. |
| political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
| civic culture | budaya sivik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Budaya politik masyarakat yang menerima autoriti pemeritah dengan darjah penyertaan rakyat yang tinggi dalam sistem dan proses politiknya. Dalam budaya politik ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat setiap keputusan politik dan pemerintah juga akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin bagi memastikan keperluan asas rakyat disediakan. Rakyat pula harus bersifat responsif terhadap sebatang tindakan kerajaan. Hal ini menjadikan hubungan antata rakyat dan pemerintah itu seimbang dan akan mewujudkan keadaan politik yang stabil dan teguh. Konsep budaya sivik diasaskan oleh Gabriel Almond seorang tokoh ilmu politik perbandingan dalam kajian budaya politik di Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan Kanada pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an. |
| international system | sistem antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem yang merangkumi satu kumpulan entiti politik yang berinteraksi antara satu sama lain menurut peraturan dan norma tertentu. Interaksi ini dipengaruhi oleh struktur dan pengagihan kuasa entiti politik yang terlibat. Dalam sesebuah sistem antarabangsa, tindakan yang dilakukan oleh sesuatu entiti memberi kesan terhadap entiti lain dalam sistem tersebut. Tahap kesan akibat tindakan sesuatu entiti adalah berlainan. Semakin kuat kuasa entiti itu, semakin jelas impak tindakannya terhadap entiti lain. Dalam sistem antarabangsa moden, entiti politiknya merupakan negara moden, manakala dalam sistem antarabangsa yang wujud sebelum sistem antarabangsa moden, entiti politiknya terdiri daripada kampung, negara kota dan empayar. Sistem yang pernah wujud sebelum sistem antarabangsa moden biasanya terbatas kepada kawasan tertentu sahaja dan tiada interaksi yang ketara berlaku antara entiti daripada sistem yang berlainan. Antara sistem antarabangsa yang muncul sebelum sistem antarabangsa moden ialah sistem antarabangsa Y |
| developing country | negara membangun | Pentadbiran | Tiada | Kelompok negara yang berada pada tahap pembangunan sederhana atau mundur dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan politik. Kebanyakan negara ini mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Negara membangun masih bergantung kepada bantuan negara maju atau organisasi antarabangsa, dan sumber pendapatan negara lebih tertumpu kepada sumber alam. Sistem politiknya belum mencapai tahap kematangan dan tidak mengamalkan persaingan yang bebas seperti negara maju. Sistem pentadbiran di negara membangun juga masih dalam proses pemantapan dengan pelbagai percubaan diaplikasi dalam usaha meningkatkan kecekapan. Kebanyakan negara membangun terdapat di Asia, Afrika dan Latin Amerika seperti Filipina, Rwanda, Mesir dan Chile. |
| diplomatic asylum | suaka diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perlindungan yang diberikan oleh suatu kedutaan atau pejabat perwakilan kepada seseorang yang meminta perlindungan di wilayah perwakilan diplomatik negara asing. Antara sebab utama seseorang itu mendapatkan suaka diplomatik ialah kebimbangan bahawa dia akan dianiaya oleh pemerintah di negara sendiri disebabkan keturunan, agama, kerakyatan, keahliannya dalam kumpulan atau pendapat politiknya. Dalam Perkara 14 Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, terdapat pernyataan yang menyatakan secara ringkas bahawa setiap orang berhak mendapatkan dan menikmati suaka di negara lain. |