| delinquent peer influences | pengaruh delinkuen sebaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut. |
| criminal peer influence | pengaruh rakan sebaya jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kuasa pergaulan individu dengan rakan-rakan jenayah yang sama umur atau status yang menyebabkan individu tersebut turut terlibat dalam jenayah. |
| rangkaian berseteru generatif (GAN) | generative adversarial network (GAN) | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Seni bina rangkaian berseteru khusus yang dihasilkan oleh Ian J. Goodfellow dan rakan-rakan. Rangkaian berseteru generatif terdiri daripada dua rangkaian iaitu rangkaian generatif dan rangkaian diskriminator. Rangkaian generatif berfungsi sebagai penyerang dengan menjana data sintetik yang seakan data sebenar manakala rangkaian diskriminator berfungsi sebagai pertahanan yang akan cuba membezakan mana satu data sebenar dan palsu. Keupayaan khusus GAN boleh menghasilkan data imej, teks dan pelbagai media lain yang realistik. |
| Quartz Index | Indeks Kuarza | Geologi | Tiada | 1. Kuantiti terbitan dalam sistem pengelasan batuan Niggli, yang mungkin positif atau negatif, dan merupakan penunjuk darjah penepuan silika batuan.,2. Istilah yang digunakan oleh Dapples dan rakan-rakan untuk menunjukkan kematangan mineralogi batu pasir melalui pengukuran peratusan kuarza gersik. |
| entity plan | pelan entiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelan yang menyediakan perjanjian jual beli, iaitu apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, rakan perkongsian akan membeli bahagian si mati untuk dibahagikan kepada rakan kongsi yang masih hidup. Premium dibayar oleh rakan kongsi daripada pendapatan mereka dan nilai tunai insurans diambil kira sebagai aset firma tersebut. |
| LEN (low entry network) | LEN (rangkaian masukan rendah) | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam SNA keterkaitan rakan ke rakan antara nod jenis 2.1 yang bersebelahan seperti PC, stesen kerja dan minikomputer. |
| circle formation | pembentukan pusingan | Sukan | Tiada | Taktik dalam permainan beregu yang memerlukan pemain mengambil tempat rakan apabila rakan tersebut bergerak ke bahagian lain dalam gelanggang sehingga membentuk pusingan. |
| XMLP (XML protocol) | XMLP (protokol XML) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol rangkaian yang dibangunkan dan diselenggarakan oleh W3C bagi membolehkan peranti dalam rangkaian rakan ke rakan berkomunikasi menggunakan XML sebagai bahantara pengkapsulan. |
| partnership insurance | insurans perkongsian | insurans | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
| partnership insurance | insurans perkongsian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |