Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypnagoguehipnagogPerubatanTiada1. Berkaitan dengan rasa mengantuk.,2. Agen yang mengaruh rasa mengantuk atau tidur.
hypnosiahipnosiaPerubatanTiadaRasa mengantuk yang tidak boleh dikawal.
hypnolepsyhipnolepsiPerubatanTiadaKeadaan yang ditandai oleh rasa mengantuk yang tidak dapat dikawal, yang berlaku pada sela tertentu dan dikaitkan dengan katapleksi.
transquilliserpenenangPerubatanTiadaUbat yang meredakan ketegangan mental dan memberi ketenangan tanpa menimbulkan rasa mengantuk dan mengganggu daya pemikiran otak. Penenang merangkumi ubat antiresah yang dahulu dikenali sebagai penenang minor dan ubat antipsikotik yang dikenali sebagai penenang major.
amphetamineamfetaminaKimiaTiada1-fenil-2-aminopropana, yang bersifat merangsang sistem saraf pusat dan menghalang rasa mengantuk.
alprazolamalprazolamKimiaForensikNama dagang, Xanax. Antidepresan benzodiazepina yang mempunyai tindakan jangka panjang yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk keresahan. Kesan Sampingannya termasuk rasa mengantuk dan terawang-awang. Julat dos lazim untuk orang dewasa adalah sehingga 4 mg sehari.
clemizole hydrochlorideklemizola hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C19H20CIN3.HCI. Serbuk berhablur berwarna putih, yang larut dalam etanol dan kloroform, larut sedikit dalam air, tetapi tak larut dalam eter. Bahan ini digunakan sebagai antihistamina. Kesan sampingannya ialah rasa mengantuk.
hypnotismhipnotismePsikologiPsikologi UmumKaedah yang digunakan oleh ahli terapi untuk mengubah sensasi, persepsi, pemikiran, perasaan atau tingkah laku individu. Individu yang dihipnosis akan mengubah proses kognitif menurut saranan ahli terapi. Dalam kaedah ini, individu disarankan oleh ahli terapi supaya menenangkan diri, membayangkan rasa mengantuk, merasakan kelopak mata memberat dan meyakinkan klien yang dirinya semakin tenggelam ke alam bawah sedar. Mengikut teori disosiasi, individu yang dihipnosis akan terpisah dari alam sedar sehingga menyebabkan sebahagian mindanya beroperasi bebas daripada kesedaran bahagian lain. Beberapa kesan psikologi akan diperoleh daripada kaedah ini seperti menajamkan ingatan, mengurangkan kesakitan, meningkatkan penglihatan warna dan kepekaan terhadap rangsangan auditori.
amitriptylineamitriptilinaKimiaForensikNama dagang, Elavil. Antidepresan trisiklik yang bertindak dengan cara menghalang penyerapan semula neurotransmitter ke dalam akson. Amitriptilina digunakan untuk merawat kemurungan mental dan kemurungan yang diikuti oleh keresahan, selta untuk merawat enuresis. Kesan sampingan bahan ini termasuk loya,gemuruh, anoreksia, rasa mengantuk, pening, terawang-awang, dan pengsan. Dos maut ialah I g bagi kanak-kanak berusia setahun. Kepekatan toksiknya pula ialah 1 µg/mL. Pada umumnya dos melebihi 30 mg/kg adalah berbahaya.
chlormezanoneklormezanonKimiaForensikFormula kimia, C11H12CINO3S; nama dagang, Supotran, Trancopal. Serbuk berhablur berwarna putih, yang larut sedikit dalam air dan etanol, serta larut dalam aseton dan kloroform. Ubat ini digunakan sebagai depresan untuk melegakan kerisauan, mengendurkan spasma otot, atau menghentikan batuk. Kesan sampingannya ialah pening, rasa mengantuk dan ruam kulit. Sinonim klormetazanon.
12

Kembali ke atas