| ngilas | ngilas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parastemon urophyllus daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Semenajung ialah nyalas, dan di Sabah ialah mendailas. Gubal kayu ngilas tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu semasa segar dan berubah menjadi coklat kelabu apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan tetapi sukar dikerjakan. Kayu ngilas sesuai untuk kerja binaan sederhana, lantai tahan lasak dan lantai parket. |
| pepijat | pepijat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Prunus spp. daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Sabah kelanus. Spesies utamanya termasuk Prunus arborea, P. malayana, dan P. polystachya. Gubal kayu pepijat sukar dibezakan daripada teras kayunya, biasanyan berwarna coklat kelabu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |
| merbatu | merbatu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parinari spp., dan Moranthes corymbosa daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kemalau, mentelur, membatu pipit, dan di Sabah ialah torog. Spesies utamanya Parinari costata dan P. rigida. Gubal kayu merbatu berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika, tetapi mengering dengan cepat, sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu merbau sesuai untuk kerja binaan sederhana, tiang, rusuk, kayu cerucuk di kawasan pantai, lantai parket, dan alas landasan kereta api. |
| sial menahun | sial menahun | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Pternandra spp. daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sirih-sirih. Spesies utama kayu ini termasuk Pternandra coerulescens dan P. jackiana. Gubal kayu sial menahun berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak halus tetapi tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |
| cyanogenic glycoside | glikosida sianogenik | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian daripada tumbuhan yang akan membebaskan asid hidrosianik apabila dihidrolisiskan. Asid hidrosianik ini bersifat toksik yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, tumbuhan yang mengandungi sebatian ini biasanya perlu direbus terlebih dahulu untuk menghapuskan asid hidrosianik sebelum dimakan. Contoh glikosida sianogenik ialah linamarin dan lotaustralin daripada ubi kayu (Manihot esculenta). Sebatian ini dihasilkan daripada pelbagai asid amino termasuk fenilalanina, tirosina, valina, isoleusina dan leusina. Sebatian ini dijumpai dalam kebanyakan famili tumbuhan seperti Rosaceae, Euphorbiaceae dan Araceae. |