| social influence | pengaruh sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Perubahan dalam tingkah laku individu akibat kehadiran atau tindakan orang lain di sekeliling. Apabila individu berinteraksi, biasanya tingkah laku mereka boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, dalam satu kajian di kaki lima di kota raya New York, satu kamera di pasang untuk merekod pengaruh tingkah laku tertentu. Satu papan tanda dipasang di tingkat 6 bangunan di seberang jalan. Apabila ramai kelompok terpengaruh melihat papan tanda itu, maka semakin ramai yang lalu di situ dan berhenti melihat papan tanda yang sama. Pengaruh sosial boleh berlaku daripada tingkah laku yang mudah seperti satu cadangan sampailah kepada tingkah laku yang kompleks seperti indoktrinasi. Tingkah laku harian orang ramai boleh dipengaruhi dengan mudah dengan keakuran. |