| serial attached SCSI (SAS) | SCSI terhubung bersiri (SAS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Teknologi perpindahan data yang direka bentuk untuk memindahkan data dari atau ke peranti storan komputer seperti pemacu cakera dan pemacu pita. Teknologi ini menggunakan protokol bersiri titik-ke-titik melalui perintah SCSI yang piawai. Teknologi ini juga menggantikan teknologi bas SCSI selari yang mula dikeluarkan pada pertengahan tahun 1980. SAS juga mempunyai keserasian ke bawah dengan pemacu SATA generasi kedua. Protokol SAS dibangunkan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Teknikal T10 yang merupakan Jawatankuasa Antarabangsa bagi piawaian teknologi maklumat (INCITS). |
| direct attached storage (DAS) | storan terhubung terus | Teknologi Maklumat | Perisian | Storan yang dihubungkan secara terus kepada pelayan atau stesen kerja tanpa menggunakan rangkaian storan di antaranya. Storan ini berbeza dengan SAN atau NAS kerana kedua-duanya memerlukan storan yang dihubungkan dalam satu rangkaian. Protokol yang digunakan dalam DAS ialah antara muka sistem komputer kecil (SCSI), SCSI terhubung bersiri (SAS) dan saluran gentian. Sistem DAS biasanya terdiri daripada beberapa pemacu cakera keras dan pengawal. Antara muka pelayan dan stesen kerja dilakukan melalui hos penyesuai bas (HBA). Kelemahan sistem ini adalah ketidakupayaannya untuk berkongsi data atau sumber dengan pelayan lain. |