| selenium | selenium | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIA (atau 16) jadual berkala, simbol Se, nombor atom 34, berat atom 78.96, nombor pengoksidaan +4, takat lebur 217°C, takat didih 685°C, berbentuk serbuk amorfus merah, larut di dalam asid nitrik pekat dan alkali, dan terdapat enam isotop yang stabil. selenium terdapat semula jadi sebagai selenida logam berat, dan diperoleh sebagai hasil sampingan dalam pemprosesan bijih sulfida dan kuprum. Unsur ini digunakan untuk membuat peranti elektronik seperti fotosel, bateri suria, dan sebagai mangkin dan pewarna kaca. |
| base number system | asas sistem nombor | Matematik | Tiada | Bilangan unit pada sesuatu tempat yang sama nilai dengan satu unit pada tempat yang lebih tinggi, yang berikutnya. Misalnya, jika asas sistem nombor ialah 10, 10 unit pada tempat se sama dengan 1 unit pada tempat puluh dan 10 unit pada tempat puluh sama dengan 1 unit pada tempat ratus. Dalam sistem nombor berasas 8, 438 (subskrip 8 ditulis untuk menunjukkan asas) bermaksud 4 x lapan + 3. |