| habenular commisure | komisur habenula | Perubatan | Tiada | Jalur serat stria medularis yang melalui habenula pada setiap sisi dan menyilang serta berakhir pada habenula sebelah yang lain. |
| basic | asas; dasar; bes | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Asas: Sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain.,Dasar: Bahagian yang di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas.,2. Bes: Bahan kimia yang menghasilkan garam dan air apabila dicampur dengan asid. |
| binding edge | tepian tulang belakang | Perpustakaan | Tiada | Tepian sesuatu jilid buku, biasanya bahagian tepi sebelah belakang yang biasa menerima rawatan jilidan utama seperti jahitan, memampat, dan lain-lain. |
| gravitational lens | kanta bergraviti | Matematik | Tiada | Jasad bergraviti yang membengkokkan cahaya dan sinaran yang lain dari objek yang lebih jauh, yang biasanya membentuk dua imej atau lebih. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada galaksi atau gugus galaksi yang memfokuskan kuasa yang terletak jauh di sebelah belakangnya. |
| compensating hypertrophy | hipertrofi pampasan | Biologi | Ekologi | Pertumbuhan abnormal sesuatu bahagian organ apabila bahagian yang lain dibuang. Misalnya, pembuangan sebelah ginjal pada tikus akan menyebabkan saiz ginjal yang seblah lagi menjadi lebih besar untuk menyesuai dengan fungsinya yang bertambah. |
| person with visual disability | OKU penglihatan | Umum | Tiada | Individu yang mengalami buta kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata, penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain masalah penglihatan kekal. |
| visual impairment | kekurangupayaan penglihatan | Umum | Tiada | Keadaan atau masalah penglihatan yang dihadapi oleh OKU seperti penglihatan yang terhad di kedua-dua belah mata, buta di kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata dan lain-lain gangguan penglihatan kekal. |
| Mini Magellanic Cloud | Awan Magellan Mini | Matematik | Tiada | Galaksi kecil dalam kumpulan awan Magellan kecil, yang terletak di sebelah belakang galaksi besar sejenak kira-kira 10 000 parsek antara satu sama lain, yang telah dikesan pada tahun 1983. |
| juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�. |
| female bush | sesendal betina | Teknik | Elektrik | Sesendal yang berulir di sebelah dalamnya yang biasanya dibuat daripada loyang atau bahan penebat. Sesendal ini dipasang pada penghujung pembuluh bagi tujuan mengelakkan lelasan kabel. Nama lain sesendal ini ialah sesendal gelang. |