| canting mata sedang | canting mata sedang | Kesenian | Seni Batik | Canting yang bermata sederhana besar berbanding canting mata kasar dan canting mata halus yang digunakan untuk melukis bunga dan corak yang sederhana besarnya. canting mata pertengahan. |
| on change | sedang kemas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan bilik yang sedang dikemaskan. |
| nature potatoes | kentang bujur sedang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kentang bentuk bujur sedang bersegi tujuh direbus. |
| boiled potatoes | kentang bujur sedang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kentang bentuk bujur sedang bersegi tujuh direbus. |
| vacuolization | pemvakuolan | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Pembentukan vakuol. 2. Pembentukan titisan bendalir jernih di dalam sel yang sedang berkembang atau yang sedang menua. |
| downward swing | ayunan ke bawah | Ekonomi | Tiada | Keadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan. |
| Keris Jawa Demam | Keris Jawa Demam | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai hulu yang menyerupai badan lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seakan-akan sedang demam. |
| back-up man | penyokong | Kejuruteraan | Petroleum | Orang yang memegang satu sambungan paip ketika sambungan paip yang lain sedang diskrukan kepada paip yang dipegang atau yang sedang dilonggarkan atau ditanggalkan daripada paip tersebut. |
| eruption haematoma | hematoma pengeruptan | Pergigian | Tiada | Kawasan gelap yang terbentuk di bawah gusi gigi yang sedang erupt. Keadaan ini disebabkan pengumpulan darah berbentuk seperti sista di atas gigi yang sedang erupt. Kawasan ini kelihatan kebiruan dan kemudian kemerahan diikuti dengan pembengkakan mukosa dan boleh menyebabkan bayi kurang selesa semasa gigitan. Keadaan ini akan hilang apabila gigi erupt sepenuhnya. |
| action cut | henti aksi | Komunikasi | Tiada | 1. Arahan oleh pengarah untuk menghentikan tangkapan sewaktu pelakon sedang melakonkan wataknya. 2. Teknik penyuntingan filem atau video yang dilakukan sewaktu sesuatu aksi lakonan sedang dilakukan dan bahagian yang disuntingkan itu disambungkan kepada adegan yang lain. |