| stupor | stupor | Perubatan | Tiada | Keadaan hampir tak sedar diri. Dalam keadaan demikian pesakit dapat bergerak balas hanya jika dirangsang dengan kuat. |
| coma | koma; kekumis | Perubatan | Tiada | 4. Koma: Keadaan tidak sedar diri dan tidak dapat disedarkan dengan stimulasi yang kuat. |
| basal narcosis | narkosis asas | Perubatan | Tiada | Jenis narkosis yang diiringi dengan keadaan tidak sedar diri dan analgesia. |
| epilepsy | epilepsi | Perubatan | Tiada | Gangguan sementara fungsi otak yang dicirikan dengan gejala seperti tidak sedar diri, gangguan psikik atau deria, sawan, yang berlaku berulang-ulang. |
| grand mal epilepsy | epilepsi grand mal | Perubatan | Tiada | Epilepsi yang didahului dengan aura. Pesakit tidak sedar diri dan diikuti dengan konvulsi secara menyeluruh. Sin: epilepsi major |
| grand mal epilepsy | epilepsi grand mal | Perubatan | Tiada | Epilepsi yang didahului dengan aura, bermula dengan pesakit tidak sedar diri, dan diikuti dengan konvulsi secara menyeluruh. |
| seizure | sawan;penyitaan;pengikatan | Perubatan | Tiada | Sawan: Serangan penyakit yang tiba-tiba terhadap otak menyebabkan gangguan pergerakan otot dan mungkin juga tidak sedar diri. |
| epilepsy | epilepsi | Perubatan | Tiada | Gangguan sementara fungsi otak yang muncul dari masa ke masa, yang dicirikan dengan satu atau lebih gejala yang berikut: tidak sedar diri, sawan, gangguan psikik atau deria dan gangguan sistem saraf autonomik. Gejala tersebut muncul akibat gangguan paroksismal aktiviti elektrik otak. Penyakit ini mungkin bersifat kongenital atau mungkin diperoleh. |
| narcotic | narkotik | Perubatan | Tiada | Sebarang dadah yang boleh mengakibatkan kesan stupor atau narkosis, misalnya dadah tagihan seperti morfina yang jika diambil secara berlebihan boleh menimbulkan keadaan tak sedar diri atau kematian. |
| shock therapy | terapi kejutan | Psikologi | Psikologi Umum | Terapi untuk merawat kemurungan yang teruk dengan menggunakan elektrik berkuasa 150 volt ke otak pesakit selama kurang daripada satu saat. Kejutan tersebut akan menimbulkan konvulsi atau kekejangan dan menyebabkan pesakit menjadi tidak sedar diri untuk seketika. Kadangkala, dadah relaksan otot dan sedatif turut diberikan untuk mengurangkan impak daripada terapi ini. Rawatan ini biasanya dilakukan secara bersiri daripada 6 hingga 8 sesi selama tiga hingga empat minggu. Kejutan dikatakan boleh mengubah keseimbangan biokimia dan hormon dalam otak dan badan pesakit sehingga dapat mengurangkan kemurungan atau tingkah laku membunuh diri. Kaedah ini biasanya diikuti dengan rawatan lain kerana menerima banyak kritikan. Kaedah ini biasanya digunakan selepas kaedah lain tidak menampakkan perubahan yang nyata. |