| reannealing | penyepuhlindapan semula | Biologi | Genetik | Pemasangan molekul DNA bebenang tunggal yang mengandungi jujukan bes pelengkap untuk membentuk molekul dupleks. Penyepuhlindapan semula dan penyepuhlindapan berbeza dari segi molekul DNA masing-masing. Dalam penyepuhlindapan semula, molekul DNA nya adalah daripada sumber yang sama manakala dalam penyepuhlindapan molekul DNAnya adalah daripada sumber berlainan. asosiasi semula. |
| gagayan | gagayan | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung. |