| cement retainer | pembendung simen | Kejuruteraan | Petroleum | Perkakas yang dipasang secara sementara di dalam selongsong atau di dalam lubang telaga dengan tujuan untuk mencegah buburan simen melalui bahagian tertentu, di samping memaksanya mengalir mengikut alur yang telah dirancangkan atau ditentukan. Perkakas ini digunakan dalam penyimenan himpit dan pekerjaan-pekerjaan lain penyimenan pembaikan yang lain. |
| backward shuffle | seret undur | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim: back slep. |
| back step | langkah belakang | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. Sinonim : backward shuffle. |
| quick retreat | undur cepat | Sukan | Tiada | Pergerakan melangkah ke belakang untuk mengurangkan tumpuan pihak lawan di samping mengatur strategi baru dan mencari ketenangan sementara. |
| stomach | perut | Veterinar | Tiada | Organ pencernaan haiwan monogaster yang terletak di antara esofagus dengan usus. Organ ini mampu berubah saiz dan bentuk kerana ia dibina oleh otot yang sentiasa mengecut dan santai. Digesta disimpan buat sementara waktu di dalam organ ini sebelum dihantar ke usus kecil. Di samping itu, organ ini berfungsi dalam peringkat awal pencernaan digesta. Lapisan dalam organ ini merembeskan jus gastrik yang bersifat asid dan mencampurkan makanan hingga sebati melalui pengecutan otot. Pada ternakan ruminan, organ ini terbahagi kepada empat iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Digesta daripada rumen akan mengalami peregurtitatan, dikunyah semula dan ditelan ke dalam rumen. |
| kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |