| alan batu | alan batu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama dagangan Shorea Albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 hingga 925 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. kayu ini digunakan untuk lantai , papan panel, dan kayu kumai, dan dalam pembuatan perabot dan perahu. |