Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corakcorakKesenianTiada1. Gabungan satu atau lebih motif yang direka letak dengan kedudukan sama ada melintang, menegak, menyerong atau bertaburan dengan warna-warna khusus terdapat dalam seni ukir, seni tulen, seni batik, seni anyam, seni tekat dan seni sulam.
constructivismkonstruktivismeKesenianSeni BinaFalsafah seni dan seni bina yang berasal dari Rusia bermula pada tahun 1919, yang menolak idea autonomi. Falsafah seni ini menyokong seni sebagai amalan untuk tujuan sosial. Konstruktivisme mempunyai kesan yang besar kepada pergerakan seni moden abad ke-20, dan mempengaruhi aliran utama seni bina seperti gerakan Bauhaus dan De Stijl. Contoh projek seni bina yang berdasarkan falsafah konstruktivisme ialah bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin, yang dibangunkan pada tahun 1919 dengan menggunakan bahan-bahan baharu seperti besi.
De StijlDe StijlKesenianSeni BinaGerakan seni dan seni bina yang ditubuhkan pada tahun 1917 di Amsterdam yang membawa gaya universal dalam lukisan dan seni bina dengan menggunakan warna asas, iaitu hitam dan putih. Gerakan seni ini juga cuba menyatukan seni halus dengan bentuk asas yang ringkas dan mudah. Gerakan seni ini banyak menggunakan bentuk-bentuk geometri dengan kaedah yang sangat teknikal. Gerakan De Stijl banyak dipengaruhi oleh karya-karya Pablo Picaso dan Piet Mondrian. De Stijl mempunyai pengaruh yang kuat dalam perkembangan seni abstrak� dan pola seni bina �moden. Gerakan ini banyak memberikan inspirasi kepada arkitek terkemuka seperti Le Corbusier dan Mies van der Rohe.
avant-gardeavant-gardeKesenianSeni BinaKumpulan yang membawa aliran pembaharuan dalam lapangan seni termasuk seni bina yang berbentuk eksperimental dan tidak konservatif serta berlawanan dengan tatacara biasa. Perkembangan avant-garde dalam seni bina dapat dilihat dengan kemunculan aliran atau gaya seni moden seperti Kubisme, De Stijl dan Ekspresionisme. Avant-garde berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud kawasan hadapan.
futurismfuturismeKesenianSeni BinaGerakan seni yang bermula di Itali pada awal abad ke-20 yang membawa ciri-ciri rekaan yang bersifat futuristik atau berasaskan masa hadapan. Gerakan ini menitikberatkan tema berkaitan dengan konsep kotemporari masa hadapan seperti ciri kelajuan, teknologi, serta bentuk-bentuk objek terbaharu dan terkini. Pendekatan ini dipraktiskan dalam pelbagai media seni termasuk seni grafik, seni bandar, seni bina, seni hiasan dalaman, lukisan dan muzik.
abstractabstrakKesenianSeni BinaBerkaitan dengan reka bentuk atau gambaran fizikal sesuatu karya seni atau seni bina yang diolah secara tidak nyata daripada sumber asal. Pemerhatian terhadap alam semula jadi misalnya, boleh menjadi sumber ilham dalam menghasilkan rekaan bangunan yang mempunyai ciri-ciri abstrak. Contohnya, Menara Telekom Malaysia ialah reka bentuk seni bina yang dicetuskan daripada ilham pucuk rebung.
grotesquelokohKesusasteraanTiadaGambaran bentuk manusia dan haiwan yang aneh, hodoh, lucu tidak seimbang atau tidak natural dalam seni hias/dekorasi seperti seni ukir, seni lukis dan seni bina.
CubismKubismeKesenianSeni BinaGaya seni lukis dan seni arca yang menggambarkan sesuatu objek, termasuk bentuk manusia dan alam semula jadi dalam bentuk geometri. Gaya seni ini telah diperkenalkan oleh Pablo Picasso dan Georges Braque pada awal abad ke-20, yang telah memulakan revolusi lukisan dan arca di Eropah. Kedua-dua tokoh ini telah mempelopori kumpulan yang membawa pembaharuan avant-garde dalam karya seni mereka. Gaya Kubisme juga menonjolkan ciri ilusi tiga dimensi yang lut sinar serta mempunyai gambaran pergerakan. Selain itu, ia juga mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara apresiasi yang bebas. Kubisme berhubung kait dengan gaya seni bina Art Deco dan seni bina moden yang mempunyai hiasan berbentuk prisma.
BauhausBauhausKesenianSeni BinaIdeologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen.
performing artseni lakon; seni pentasPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas