Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sen.du/] | سسندوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bulan-bulan, Endospermum malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesenduk

Puisi
 

Petang-petang pergi ke rimba,
     Pergi ke rimba menarah papan;
Petang-petang hatiku hiba,
     Nasi sesenduk tidak termakan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sesenduksesendukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan.
EuphorbiaceaeEuphorbiaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang meliputi tumbuhan besar, yang kebanyakannya terdapat di kawasan belukar dan hutan sekunder. Antara kayu dagangan utama termasuk sesenduk daripada genus Endospermum, dan kayu getah daripada genus Hevea. Beberapa genus yang menghasilkan pokok besar ialah Baccaurea, Elateriospermum, Macaranga, Mallotus, dan Sapium.
match blockblok mancisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBungkah kayu yang dipotong mengikut panjang anak mancis, kemudiannya dibelah atau dikupas dan diracik halus mengikut ukurannya iaitu 2 mm x 2mm x 40 mm. Jenis kayu tempatan yang banyak digunakan ialah kayu sesenduk dan terentang.
splintbilahPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Jaluran kayu, buluh atau rotan yang dihasilkan daripada pemotongan dan pembelahan. Jaluran yang bersifat mudah lentur ini digunakan dalam kerja anyaman seperti dalam pembuatan bakul dan tikar. 2. Kayu pendek tegar yang banyak digunakan dalam pembuatan mancis api. Misalnya, bilah kayu terentang dan sesenduk.

Kembali ke atas