| hele-shaw analogue syn. hele-shaw model; parallel plate model | analog hele-shaw | Hidrologi | Tiada | Analog yang diasaskan pada keserupaan antara aliran air-tanah satah dua dimensi dan aliran cecair di antara dua lempeng selari (sekurang-kurangnya satu daripadanya lutsinar) dengan suatu ruang antara rerambut. Sin.: model Hele-Shaw; model lempeng selari. |
| Hele-Shaw model | model Hele-Shaw | Geografi | Tiada | Tiada |
| Hele-Shaw analogue | analog Hele-Shaw | Geografi | Tiada | Tiada |
| Hele -Shaw flow | aliran Hele-Shaw | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| Mozart effect | kesan Mozart | Psikologi | Psikologi Umum | Kesan muzik yang dikatakan boleh meningkatkan kemampuan ruang (spatial) individu yang terlibat. Rauscher dan Shaw (1998) melaporkan bahawa sonata piano Mozart yang diperdengarkan kepada pelajar kolej didapati dapat meningkatkan prestasi ujian taakulan ruang pelajar-pelajar tersebut. Kejayaan ini telah membuatkan ramai ibu bapa memperdengarkan muzik tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang bijaksana apabila dewasa. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak dapat ditunjukkan dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa muzik Mozart boleh meningkatkan tahap kewaspadaan kanak-kanak dan merangsang keadaan rasa hati yang lebih baik. |
| parallel-plate model | model lempeng selari | Hidrogeologi | Tiada | Model analog aliran air tanah bersatah dua dimensi yang terdiri dari dua lempeng selari (salah satu darinya lut sinar) dengan satu ruang antara rerambut. Sin.; perkakas atau analog, atau model Hele-Shaw. |
| hagiography | hagiografi | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang menonjolkan tokoh yang dianggap suci. Pada asalnya, hagiografi merujuk kepada karya sastera di Eropah yang dihasilkan untuk mengagung-agungkan kehidupan santo (saint) dan orang yang mati demi kesucian agama Kristian. Sastera hagiografi terdapat pada Zaman Pertengahan tetapi jarang terdapat pada zaman moden, melainkan dalam karya drama, Saint Joan (1923) oleh G.B. Shaw. Hagiografi juga digunakan untuk karya biografi tokoh-tokoh suci dalam agama lain. Contoh dalam tradisi persuratan Islam ialah Tadhkirat al-Awliya oleh Faridudin, �Attar dari parsi dan karya tentang Wali Songo di Alam Melayu. Dalam tradisi India, terdapat karya tentang Kabir, Meerabai dan Guru Nanak. Hagiografi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �penulisan suci�. |
| propaganda literature | sastera propaganda | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang bersifat didaktik dan politikal. Karya ini bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya mengambil suatu pendirian atau tindakan tentang isu praktikal seperti perkauman, ekinomi, persekitaran, perang, dan isu sosiopolitik lain yang boleh menarik perhatian umum. Sastera propaganda sering dianggap rendah mutu sasteranya. Namun pandangan ini tidak semestinya tepat kerana banyak karya propaganda mempunyai mutu sastera yang baik, malah ditulis oleh pengarang yang terkenal. Contoh dalam karya Melayu ditemui dalam novel bertajuk Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Hj. Abdullah. Novel ini mengisahkan pengambilan tanah secara paksaan oleh pemerintah tetapi ditentang oleh golongan petani yang mempertahankan haknya. Puisi yang berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang pula membicarakan isu bahasa, ketuanan dan kemiskinan Melayu. Contoh lain ditemui dalam drama Mr. Warren�s Profesion oleh Bernard Shaw. |