| erotic art | citra erotik | Kesenian | Tiada | Citra yang hal subjeknya berunsurkan seks. |
| history painting | lukisan sejarah | Kesenian | Tiada | Lukisan yang hal subjeknya ialah kisah-kisah raja, wira, agama dan kajian sejarah. |
| single-blind | buta tunggal | Perubatan | Tiada | Kaedah kajian klinikal yang subjeknya menerima ubat yang hendak diuji tetapi tidak diberitahu jenis ubat tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini mengurangkan bias pada subjek kajian. |
| ode | oda | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik yang panjang dan serius subjeknya, tinggi stailnya, dan elaborat bentuk stanzanya. Oda menampilkan tema yang mulia, gaya yang sangat rasmi, dan nada yang menyanjung. Oda dapat merakamkan peristiwa umum yang penting atau yang berkaitan dengan kehidupan peribadi. Oda juga mengandungi pujian terhadap seseorang. Jenis prototaip puisi ini diketengahkan oleh penyair Greek yang bernama Pindar yang bermodalkan lagu daripada korus drama Greek. Dalam sastera Inggeris oda digunakan oleh Ben Johnson (1572) yang meratapi kematian seorang tokoh melalui karyanya berjudul Ode on the Death of Sir H. Morison. |
| quasi-experimental research | penyelidikan kuasi-eksperimen | Pendidikan | Tiada | Sejenis reka bentuk kajian eksperimen, yang subjeknya tidak dipilih secara rawak. |
| collocation | ganding (kata), | Perpustakaan | Tiada | Ganding kata: Penyusunan subkelas dalam suatu pengelasan yang dibuat berdasarkan persamaan Kelas atau subjeknya. |
| abstract idea | idea abstrak | Pendidikan | Tiada | Idea yang menerangkan sesuatu keadaan atau menentukan atribut yang dianggap terpisah daripada subjeknya (dalam fikiran). |
| subjective camera | kamera subjektif | Komunikasi | Tiada | Kamera yang membuat tangkapan melalui sudut pandangan watak, seolah-olah kamera mewakili watak dalam melihat subjeknya. Lihat juga: tangkap sudut pandangan. |
| telephoto lens | kanta telefoto | Komunikasi | Tiada | Kanta yang digunakan khusus untuk merakam gambar dari jarak jauh dan apabila dilihat dalam gambar, imej subjeknya kelihatan seperti dekat. Ukuran kanta ini lebih panjang dari kanta biasa. |
| tanka | tanka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme. |