Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.poi] | تامڤوي

Definisi : 1. = ~ tangau sj tumbuhan (pokok), tampul, tempuni, Baccaurea malayana; 2. = ~ kera = ~ tangau sj tumbuhan (pokok), Baccaurea bracteata; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), geresek hitam, gigi buntal, kikir buntal, rambutan pacat, Xerospermum intermedium; ~ paya sj tum­buh­an (pokok), cenarahan, kasi, Ouratea hookeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.poi] | تامڤوي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Baccaurea malayana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tampoi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tampoitampoiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Baaccaurea spp. daripada famili Euphorniaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah rambai hutan, asam tambun, juntik bukit, jintik-jintik dan sekam, dan di Sabah ialah rambai hutan, belimbing hutan, kunau-kunau, dan limpang. Spesies utamanya termasuk Baccaurea angulata, B. Kingii, dan B. scortechii. Gubal kayu tampoi sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan menjadi coklat apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana tisu rujinya besar. Iranya lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras. Spesies ini terkenal sebagai sumber buah tampoi.
minor forest productskeluaran minor hutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSemua keluaran hutan selain daripada keluaran utama termasuk buah-buahan hutan, seperti keranji, dabai dan tampoi; daun seperti daun mengkuang dan palas; eksudat seperti damar dan lateks; kulit kayu bakau dan hasil daripada haiwan, seperti madu lebah dan embalau.

Kembali ke atas