| mean interdiurnal variability | min variasi hari | Geografi | Tiada | Perihal keterubahan min suhu harian bagi satu tempoh hari yang berikutan. |
| grace period | tempoh tenggang/tempoh tangguh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempoh yang ditetapkan dalam polisi insurans, biasanya 30 atau 31 hari selepas tempoh premium patut dibayar. Dalam tempoh tenggang ini perlindungan insurans tetap berkuat kuasa walaupun premium belum berbayar dan tiada penalti dikenakan. |
| degree-day | darjah-hari | Geografi | Tiada | , darjah hari diertiakn sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut. |
| constituent day | hari konstituen/hari juzuk | Matematik | Tiada | Tempoh satu putaran bumi pada paksinya, yang berkait dengan bintang andaian yang menggambarkan satu daripada unsur berkala dalam daya pasang-surut, iaitu lebih kurang sama dengan panjang hari qamari atau hari suria. |
| degree-day | darjah hari | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan algebra antara suhu min hari tertentu dan suhu rujukan yang dinyatakan dalam darjah. Bagi tempoh tertentu (bulan, tahun), darjah hari diertikan sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut. |
| birthday-to-birthday study | kajian hari jadi ke hari jadi | insurans | Tiada | Kajian kemortalan yang tempoh pemerhatian adalah daripada hari jadi di satu tahun hingga ke hari jadi yang berikutnya. |
| prolonged gestation | kebuntingan berpanjangan | Veterinar | Praklinikal | Tempoh kebuntingan yang melebihi tempoh normal untuk sesuatu spesies haiwan. Kebuntingan ini berpunca daripada faktor genetik; pemakanan dan persekitaran dalaman dan luaran. Contohnya; tempoh normal kebuntingan bagi lembu tenusu ialah dari 275 hingga 292 hari. Jika tempoh ini melebihi 292 hari; maka tempoh kebuntingan dianggap berpanjangan. Antara sebab berlakunya kebuntingan berpanjangan ini ialah fetus termumi; kematian fetus matang dalam uterus yang menyebabkan kegagalan penghasilan hormon kortisol yang perlu untuk mencetuskan kelahiran; perkembangan embrio terlewat dan hidramnios. |
| birthday-to-birthday study | kajian hari jadi ke hari jadi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kajian kemortalan yang tempoh pemerhatian adalah daripada hari jadi di satu tahun hingga ke hari jadi tahun yang berikutnya. |
| gestation period | tempoh kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Tempoh perkembangan janin dalam kandungan ibu. Contoh tempoh kebuntingan untuk lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari. |
| observational day | hari cerapan | Sains | Hidrometeorologi | Sebarang tempoh 24 jam yang dipilih sebagai asas bagi cerapan klimatologi atau cerapan hidrologi. Bagi cerapan yang dirakam secara automatik, hari cerapan biasanya hari kalendar. Bagi cerapan yang dibuat hanya sekali dalam 24 jam, hari cerapan dianggap tempoh 24 jam yang berakhir pada jam cerapan dilakukan. |