| oil level indicator | penunjuk aras minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang menunjukkan aras minyak pelincir yang sesuai dalam penakung minyak. Terdapat dua bentuk penunjuk aras minyak pelincir yang digunakan, iaitu pengukur celup dan kaca penglihatan. Bagi pengukur celup dan kaca penglihatan, terdapat tanda aras maksimum dan minimum. Aras minyak pelincir perlu dipastikan berada di antara dua aras ini bagi memastikan minyak pelincir tidak melebihi jumlah yang di- tentukan atau tidak terlalu kurang daripada had minimumnya. Sinonim pengukur celup. |