| normative mineral | mineral normatif | Geologi | Tiada | Mineral yang secara teorinya, berdasarkan analisis kimia tertentu, berkemungkinan hadir di dalam sesuatu batuan. |
| excess air | udara lebihan | Kejuruteraan | Tiada | Udara yang secara teorinya tidak digunakan dalam pembakaran tetapi kemasukannya ke dalam relau perlu dikawal untuk mengekalkan kecekapan yang tinggi. |
| Mach ware | gelombang Mach | Fizik | Moden | Gelombang kejutan yang secara teorinya terdapat di sepanjang garis persilangan yang sama bagi semua gangguan tekanan yang datang dari zarah yang amat kecil yang bergerak pada kelajuan supersonik melalui bendalir. |
| hypersonic engine | enjin hipersonik | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Enjin turboram yang secara teorinya mampu melebihi kelajuan MACH 5. |
| application | permohonan; penggunaan; pemakaian; aplikasi | Matematik | Tiada | Penggunaan proses bagi sesuatu yang telah diketahui teorinya. |
| resonance | resonans | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan molekul yang merupakan pertengahan di antara yang diwakili oleh dua rumus ikatan yang mungkin secara teorinya.,bagi litar, diikuti oleh arus dan voltan yang besar yang terhasil daripada daya gerak elektrik kenaan yang kecil, yang dikenakakn pada frekuensi resonans. |
| Java | Java | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa atur cara berorientasikan objek yang dibangunkan oleh Sun Microsystems Incorporation pada tahun 1995. Ia bebas platform dan digunakan dalam aplikasi WWW. Bahasa ini direka untuk digunakan dalam persekitaran teragih. Secara teorinya Java membolehkan perisian dijalankan pada sebarang mesin (tulis sekali jalankan di mana-mana). Nama Java diperoleh daripada sejenis kopi Jawa . Projek ini diketuai oleh James Gosling. |
| racemic mixture | campuran rasem | Perubatan | Tiada | Campuran dua enantiomer molekul ubat yang aktif dalam kuantiti yang sama. Enantiomer tunggal biasanya terdiri daripada sebatian semula jadi manakala ubat yang disintesis terdapat dalam bentuk rasem. Aktiviti setiap enantiomer berbeza antara satu dengan yang lain. Secara teorinya, kehadiran lebih daripada satu enantiomer akan mempengaruhi aktiviti ubat, tetapi kajian menunjukkan tiada perbezaan kebaikan atau keburukan antara ubat enantiomer tunggal atau campuran rasem. |
| narrative grammar | nahu naratif | Kesusasteraan | Tiada | Suatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita han |