Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter dalam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decasyllabicdasasukuKesusasteraanPuisiPerkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910
Ter in di''e (TID)Ter in di''e (TID)AIDSTiadaSingkatan yang bermakna tiga kali sehari dalam pemberian ubat. Contoh, Zalcitabine 0.75 mg TID
qua''ter in di''e (QID)qua''ter in di''e (QID)AIDSTiadaSukatan empat kali sehari dalam proses pemberian ubat. Contoh, Acyclovir 250 mg QID.
sharewareperisian kongsiPendidikanTiada

 Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh ter-tentu. Selepas tempoh tersebut, anda dikehendaki membeli-nya. Setelah anda membelinya, versi perisian terkini akan diberikan.

antibackfire valveinjap antisedakanKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam sistem suntikan udara yang menghalang ter- jadinya nyalaan songsang dalam ekzos semasa nyahpecutan mendadak.
thermostattermostatKejuruteraan AutomotifEnjinInjap yang mengawal aliran bahan pendingin dari enjin ke radiator. Semasa enjin dalam keadaan sejuk, injap ini tertutup dan menghalang bahan pendingin mengalir ke radiator. Tindakan ini dapat mengumpul haba dalam enjin menyebabkannya menjadi panas dengan cepat. Apabila enjin mencapai suhu operasi yang tertentu, termostat akan terbuka dan membenarkan bahan pendingin mengalir melaluinya ke radiator. Pengkadaran termostat ditentukan oleh suhu yang tertera padanya. Terdapat dua perkadaran, iaitu 85°C (185°F) dan 91°C (195°F). Ter- mostat mula terbuka pada suhu ini dan terbuka sepenuhnya ketika mencapai 11°C (20°F) lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan.
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat ter
colotomickolotomikMuzikTiada

 Sistem penandaan frasa dan pusingan masa dengan gong tertentu dalam muzik Asia Tenggara. Contohnya, gong ageng, kempul, ketuk dan kempyang menandakan unit kolotomik gongan dalam muzik gamelan Jawa. Struktur kolotomik mewujudkan bentuk dalam beberapa genre gamelan Jawa seperti sampak, srepegan, bubaran, lancaran, ladrang dan ketawang. Sinonim struktur kolotomik.

testimonialsperakuanKomunikasiKorporatKaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan.
likaylikayMuzikTiada

 Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Tea­ter ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey.

12

Kembali ke atas