Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.do.nga/] | تردوڠق

Definisi : 1. ter­angkat sedikit ke atas (bkn kepala, muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur teng­gelam; kepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya; ~ rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg mem­per­lihatkan keangkuhannya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.do.nga/] | تردوڠق

Definisi : terangkat sedikit ke atas (muka atau hujung sesuatu benda): Kapal terbang itu ~ sedikit sewaktu hendak naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdongak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extension of headekstensi kepalaKejururawatanTiadaPosisi kepala bayi terdongak ke atas dengan dagunya jauh dari dada.
tonsillar positionposisi tonsilarPerubatanTiadaKedudukan pesakit separuh meniarap dengan tangan bahagian atas berada di bawah dagu dengan kepala sedikit terdongak dan kaki bahagian atas dibengkokkan di sendi pinggul dan lutut. Kedudukan ini untuk melindungi saluran udara dan memudahkan pengaliran keluar darah atau sekresi dari farinks semasa pemulihan selepas pembedahan tonsil.
signal grassrumput signalVeterinarTiadaRumput terpilih daripada spesies Brachiaria decumbens yang pertumbuhannya separa menjalar manakala batang dan daunnya diselaputi bulu-bulu halus. Rumput ini mudah hidup di pelbagai jenis tanah termasuk kawasan tanah cerun dan tahan terhadap banjir serta kemarau. Kandungan proteinnya ialah 10-12% dan tenaga sebanyak 8-9 MJ/kg. Rumput ini boleh menyebabkan masalah fotosensitif pada biri-biri dan kambing tetapi tidak pada lembu dan kerbau. Selain itu, ternakan juga boleh mengalami jaundis dengan tanda-tanda kekuningan di seluruh badan akibat meningkatnya kandungan bilirubin dalam darah, berkeruping di bahagian mulut dan punggung, tidak makan, kepala terdongak, kurus dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor antipemakanan seperti saponin yang terdapat di dalam rumput tersebut.

Kembali ke atas