| raised grain | ira timbul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira yang sebahagian gelang pertumbuhan- nya timbul dan lebih tinggi daripada permukaan biasa. Keadaan ini terjadi disebabkan alat permotongan yang tumpul dan kadar pengecutan pemukaan yang tidak seragam. |
| redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |