| amorphous | amorf; bentuk tak tentu | Kesenian | Tiada | 4. Rupa bentuk objek yang tidak menentu dalam sesebuah karya. |
| racing of motor | lumbaan motor | Teknik | Elektrik | Keadaan motor sering bertukar kelajuan (tidak menentu) atau kelajuan yang melampau hadnya sehingga membahayakan motor tersebut. Misalnya, motor siri akan mengalami keadaan ini apabila bebannya ditanggalkan. |
| falling rate of drying | kadar pengeringan menurun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kadar pengeringan yang profil pengeringannya tidak menentu menurut jenis, struktur dalaman, ketebalan, dan kandungan bahan. Keadaan ini berlaku selepas titik kritikal pertama pengeringan menurun hingga ke kering kontang. |
| temperature injury | kecederaan suhu | Landskap | Tiada | Kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh perubahan suhu yang melampau dan tidak menentu. |
| fluctuating current | arus turun naik | Teknik | Elektrik | arus elektrik yang berubah-ubah, yang nilainya turun naik dengan tidak menentu. |
| formation | pembentukan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kedudukan susunan gentian dalam kepingan kertas. Susunan gentian yang tidak menentu disebut pembentukan liar, dan susunan gentian yang sekata dan teratur disebut pembentukan rapi. |
| urban sprawl | rebakan bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perkembangan bandar secara mendatar yang tidak menentu atau tidak terkawal. |
| inventory | inventori | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Barang atau bahan mentah yang disimpan oleh firma bagi memenuhi kehendak-kehendak yang tidak menentu supaya perniagaan berjalan dengan lancar. |
| ice pellets | gentelan ais | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan gentelan ais lut sinar atau lut-cahaya, yang terbentuk sfera atau tidak menentu, jarang-jarang berbentuk kon dan mempunyai diameter 5 mm atau kurang. Gentelan ais terdiri daripada dua jenis dan kini selalu dinyatakan dalam kod cuaca sebagai; Titisan hujan beku atau emping salji yang sebahagian besarnya lebur dan membekun semula; dan gentelan salji yang terbalut di selaput nipis ais. |
| spongy mesophyll | mesofil berspan | Botani | Tiada | Tisu yang terdapat di bawah parenkima palisad yang daripada sel-sel berbentuk tidak menentu dan mempunyai ruang antara sel yang luas untuk memudahkan pertukaran gas antara atmosfera dengan daun, khususnya bagi fotosintesis dan respirasi. |