Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tidaknya

Peribahasa

Ikhtiar menjalani,
     untung menyudahi.

Bermaksud :

Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indexingpengindeksanBiologiPatologiKaedah yang digunakan untuk menunjukkan ada atau tidaknya virus di dalam perumah. Sap tumbuhan sakit (yang mengandungi virus) diinokulasi pada perumah rentan, misalnya daun Chaenopodium, dan dieramkan pada suhu tertentu selama beberapa hari. Jika terdapat gejala pada daun tersebut maka boleh disimpulkan sap perumah mengandungi virus. Kaedah ini kadang-kadang boleh juga membantu mengenalpasti jenis virus.
programme checksemakan atur caraKejuruteraanTiada1. Sistem menentukan betul atau tidaknya atur cara atau mesin berfungsi.,2. Sistem semakan yang dibina pada atur cara atau komputer yang tidak mempunyai semakan automatik.
current loopgelung arusKejuruteraanTiada1. Cara mengkomunikasi data melalui wujud atau tidaknya arus pada kabel dua wayar.,2. Antara muka hantar/terima wayar tempat kehadiran aras arus 20 m-A menunjukkan adanya data dan ketiadaan aras arus itu menunjukkan tiadanya data.
blood group systemsistem kumpulan darahKimiaBiokimiaSistem pengelasan darah manusia berdasarkan ada tidaknya faktor-faktor tertentu di dalam sel darah merah dan serum, atau berdasarkan tindakan pengaglutinan. Antara sistem ini ada yang dipanggil sistem ABO, Lewis, MN dan juga sistem Rh.
blank shank analysisanalisis lanasBiologiPatologiKaedah yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidaknya kulat penyebab penyakit lanas di dalam tanah, air, baja organik dan lain-lain lagi dengan menggunakan daun tembakau sebagai umpan. Bilangan populasi patogen ditentukan berdasarkan keparahan gejala panas pada daun tersebut.
indicator hostperumah penunjukBiologiPatologiPerumah rentan yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidaknya patogen tertentu. Jika ada, ia digunakan untuk mengetahui aras populasi patogen tersebut dengan cara melihat gejala dan keparahan serangannya atau bilangan patogen yang berkumpul pada perumah tersebut.
all or none responegerak balas ada atau tiadaSains KesihatanTiadaPerihal wujud atau tidaknya respons akibat pemberian sesuatu dos atau bahan kimia.
monolithic circuitlitar monolitKejuruteraanTiadaLitar bersepadu yang elemennya terletak pada atau dalam substratum separa pengalir setidak-tidaknya satu elemen terletak dalam substratum.
monolithic integrated circuitlitar bersepadu monolitKejuruteraanTiadaLitar bersepadu yang elemennya terletak pada atau dalam substratum separa pengalir atau setidak-tidaknya satu elemen terletak dalam substratum.
massjisimFizikMekanikKuantiti jirim di dalam suatu jasad yang dapat ditentukan sebagai rintangan yang diberikan oleh suatu jasad untuk mengubah gerakannya. Jisim jugalah yang menentukan berlaku tidaknya saling tindakan antara suatu jasad dengan jasad yang lain.

Kembali ke atas