Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intoleranceintoleransPerubatanTiadaKetidakupayaan seseorang pesakit untuk mengambil ubat-ubat tertentu, selalunya ditandai dengan tindak balas yang kurang baik.
hidrorrheahidroreaPerubatanTiadaPerpeluhan yang berlebih-lebihan, yang disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu, atau penggunaan ubat-ubat tertentu. Sinonim: hiperhidrosis.
drugs interactioninteraksi ubatPerubatanTiadaTindak balas antara ubat-ubat yang digunakan serentak yang menghasilkan perubahan terhadap ciri farmakologi ubat tersebut. Tindak balas ini boleh memberi kesan baik atau buruk kepada seseorang. Ia boleh berlaku terhadap ciri farmakokinetik seperti perencatan metabolisme Lamotrigine oleh Sodium Valproate atau ciri farmakodinamik seperti kesan sinergistik gabungan Ampicillin dan Gentamicin. Sinonim saling tindak balas ubat.
resistanceketahanan; tentangan; rintanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Ketahanan: Darjah keimunan yang dimiliki oleh tubuh.,2. Ketahanan: Darjah yang padanya suatu penyakit atau organisma penyebab penyakit tidak terpengaruh oleh antibiotik atau ubat-ubat lain.
anti-diarrheal drugubat anticirit-biritPerubatanTiadaKumpulan ubat yang digunakan untuk merawat masalah cirit-birit. Ia bertindak sama ada dengan mengurangkan motiliti usus, menyerap toksin dan mengurangkan rembesan air dalam badan. Kesan sampingannya bergantung kepada jenis ubat. Ubat ini tidak digalakkan penggunaannya kepada kanak-kanak. Contohnya, Loperamide dan Kaolin peptin.
intrathecalintratekalPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat secara suntikan ke dalam saluran saraf tunjang. Kaedah ini menggunakan jarum spinal yang ditusuk pada kawasan intervertebra antara tulang vertebra lumbar tiga dan empat sehingga cecair serebrospinal terhasil. Kemudian ubat dalam isi padu yang kecil dimasukkan melalui jarum tersebut. Kaedah ini digunakan untuk memasukkan ubat-ubat anestesia spinal, kemoterapi, antibiotik dan medium kontras. Antara komplikasi kaedah ini ialah sakit belakang dan jangkitan sistem saraf pusat.
D-penicillamineD-penisilaminaKimiaForensikFormula kimia, C5H11NO2S; nama dagang, D-Pendamine; Pendramine. Serbuk berhablur putih dengan takat didih 202�C - 206�C. Ubat yang digunakan untuk menyingkirkan logam daripada darah. Ubat ini digunakan untuk merawat keracunan plumbum, kuprum dan mungkin merkuri, dan untuk melegakan simptom artritis reumatoid apabila ubat-ubat lain tidak berkesan. Kegunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan alergi atau anemia dan tidak boleh diberikan kepada wan ita hamil atau pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang. Kesan sampingan termasuk demam, ruam, dan penyakit darah. Penggunaan jangka panjang ubat ini dikaitkan dengan penyakit sumsum tulang yang teruk. Dos terapeutik ialah 1.7 �g/mL - 5.6 �g/mL.
drug feverdemam ubatPerubatanTiadaDemam yang terjadi akibat pengambilan ubat tertentu. Demam ubat boleh dibezakan dengan demam yang lain apabila terdapat kaitan antara demam dengan pemberian ubat. Demam tersebut akan reda apabila pengambilan ubat berkenaan dihentikan. Contoh ubat yang boleh menyebabkan demam ialah antibiotik dan Prostaglandin.
formularyformulariTeknologi Maklumate-KesihatanSenarai preskripsi ubat yang ditentukan oleh pelan penjagaan kesihatan yang spesifik. Senarai preskripsi ini dibangunkan berdasarkan penilaian berkaitan dengan kemujaraban ubat, keselamatan ubat dan keberkesanan kos ubat. Fungsi utamanya adalah untuk mengkhususkan ubat yang dibenarkan digunakan di sesebuah hospital, sistem penjagaan kesihatan atau polisi kesihatan tertentu.
drug excretionperkumuhan ubatPerubatanTiadaProses keluarnya ubat dari badan melalui organ tertentu seperti ginjal, hepar dan paru-paru. Kadar perkumuhan ubat bergantung kepada kecekapan fungsi organ tersebut, dan ini akan mempengaruhi penghapusan ubat secara keseluruhan. Perkumuhan ubat penting untuk memastikan sesuatu ubat tidak berada lama di dalam badan.
12345678910...

Kembali ke atas