Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pélan) Jk tanah lapang, lapangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah lapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp perlahan; ~-~ perlahan-lahan: ia membuka matanya ~-~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. rajah yg menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan (tanah dll); ~ bandar; ~ rumah; 2. rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan; ~ induk rancangan menyeluruh yg merang­kumi seluruh dasar dan segala rancangan ke­giatan yg akan dilaksanakan (dlm pemba­ngunan, perekonomian, dsb): beberapa kajian yg terkandung dlm P~ Perindustrian Malaysia; ~ lantai (S.Bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan; ~ tindakan langkah­langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelan (kata nama)
1. Bersinonim dengan lakaran: lukisan, gambar, rangka, rajah, gambar rajah, peta, bagan, denah,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, program, skim, skema.,


Peribahasa

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
pelanplanنَقشه،طرحnaghshe , ṭarḥ
pelan , reka bentuk , lakaranplan , designطرحṭarḥ

Kembali ke atas