Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melakuĀ­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesangĀ­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
capablemampuTiadamampuPentadbiran Perniagaan
convertiplanepesawat terbang mampu konversipesawat mampu ubahpesawat mampu ubahKejuruteraan Kapal Terbang
solventmampu bayar; pelarutTiadamampu bayar; pelarutEkonomi
underprivileged nationnegara kurang mampuTiadanegara kurang mampuUndang-undang
steerable nose wheelroda depan/mampu kendaliroda depan/mampu kendaliroda depan/mampu kendaliKejuruteraan Kapal Terbang
self-sufficiencyswasembadamampu dirimampu diriEkonomi
line replaceable units (LRUs)unit mampu ganti ditempatunit boleh ganti ditempatunit mampu ganti ditempatKejuruteraan Kapal Terbang
self-sufficientbudi diriTiadamampu-diriEkonomi
controllabilitymampu kendalikeboleh kawalankeboleh kawalanKejuruteraan Kapal Terbang
flowable compositeskomposit mampu alirkomposit boleh alirkomposit boleh alirPerubatan
123

Kembali ke atas