[ca.pah] | چاڤه
Definisi : Mn cakah; mencapah 1. berpecah drpd suatu tumpuan lalu berserak ke berbagai-bagai arah yg berlainan (bkn sinar cahaya, pemikiran dll); 2. menjadi semakin lebar atau besar bukaannya apabila semakin ke hujung atau ke hadapan (bkn bukaan kaki, jari kaki, jari tangan dll): jari-jari tangan dan kakiku ~ ke hadapan; pencapahan perihal atau proses mencapah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.pah] | چاڤه
Definisi : bekas bulat spt dulang (dibuat drpd kayu); capar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.pah] | چاڤه
Definisi : meja bundar kecil yg boleh berputar, digunakan utk menempa atau melagang, meja tempa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.pah] | چاڤه
Definisi : ; mencapah ist 1 berserak (ttg sinar cahaya apabila melalui kanta pencapah). 2 membesar atau melebar (ttg sudut). pencapah; kanta ~ kanta yg menyebabkan sinar cahaya berserak apabila melaluinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)