Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi; ~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya; adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang; air diĀ­minum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati; berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll); menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duri I

Puisi
 

Banyak duri perkara duri,
     Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
     Tidak sama budimu seorang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
spineduri dahanTiadaduriBiologi
spinaduriTiadaduriBiologi
quill drivepenggerak duri landakpacuan duri landak, pandu quillpacuan duri landakKejuruteraan
quill drivepenggerak duri landakpacuan duri landak, pandu quillpacuan duri landakKejuruteraan
barbed wirekawat berduriTiadakawat duriPertanian

Kembali ke atas