Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
needskebutuhan/keperluankeperluankeperluanPendidikan
mandatory requirementkeperluan mandatorikeperluan mandatorikeperluan mandatoriTeknologi Maklumat
protein requirementkeperluan proteinkeperluan proteinkeperluan proteinPenternakan
user requirementkeperluan penggunakeperluan penggunakeperluan penggunaTeknologi Maklumat
oxygen demandkeperluan oksigenkeperluan oksigenkeperluan oksigenPerikanan
nutrient requirementkeperluan nutrienkeperluan nutrienkeperluan nutrienPerikanan
fertilizer requirementkeperluan pupukkeperluan bajakeperluan bajaPertanian
basic needkeperluan dasarkeperluan asaskeperluan asasSosiologi
cultural needkeperluan budayakeperluan budayakeperluan budayaAntropologi
nutritional requirementkebutuhan/keperluan gizikeperluan pemakanankeperluan pemakananPerubatan
1234567

Kembali ke atas