Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pung] | کڤوڠ

Definisi : ; berkepung (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan; mengepung mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; terkepung sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas; kepungan lingkungan atau barisan berke­liling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; pengepungan perbuatan (kegiatan dsb) utk mengepung (orang, binatang, dll, supaya tidak dapat melepaskan diri): segera diadakan ~ di seluruh kampung utk menangkap pencuri itu; pengepung orang yg mengepung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pung] | کڤوڠ

Definisi : 1. = ~ hantu sj tumbuhan (pokok), Shorea macroptera; 2. = ~ labu sj tumbuhan (pokok), Shorea rigida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pung] | کڤوڠ

Definisi : ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepung
Kata Terbitan : mengepung, terkepung,

Puisi
 

Kalau adik menutuh kepung,
     Tinggalkan abang sebelah dahan;
Kalau adik balik ke kampung,
     Tinggalkan abang kain basahan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
encircling methodmetode lingkarkaedah kepungkaedah kepungPerikanan
encircling gearalat lingkaralat kepungalat kepungPerikanan
encircling gill netsjaring insang lingkarandang kepungpukat kepungPerikanan

Kembali ke atas