[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن
Definisi : 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن
Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)