Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba] | سربا

Definisi : 1. semua(nya), segala(-galanya), se­luruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba] | سربا

Definisi : 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah ba­gaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serba (kata tugas)
1. Bersinonim dengan semuanya: kesemuanya, segalanya, segala-galanya, seluruhnya, segenapnya,,

2. Bersinonim dengan apa juapun: bagaimana juapun, dalam apa juga hal,

3. Bersinonim dengan serba-serbi: macam-macam, berbagai-bagai, pelbagai, serbaneka, segala-galanya, segala macam.,


Puisi
 

Anak Semabuk pergi ke Kelang,
     Berniaga buah serba rasa;
Makin mabuk makin meradang,
     Salah runding jadi kecewa.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai berkain tiga hasta.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
multipurpose gardentaman serba gunataman serba gunataman serba gunaPertanian
omniscient narratorpengisah serba tahupengisah serba tahupengisah serba tahuKesusasteraan
omniscient authorpengarang serba tahupengarang serba tahupengarang serba tahuKesusasteraan
all-weather filmfilm serba cuacafilem serba cuacafilem serba cuacaKomunikasi Massa
all-purpose camerakamera serba gunakamera serba gunakamera serba gunaKomunikasi Massa
all-roundserba dapatTiadaserba bolehSukan
general purpose machinemesin serbaTiadamesin serba gunaPentadbiran Perniagaan
multipurpose cooperativekoperasi serba-guna/koperasi serba usahaTiadakoperasi serbagunaEkonomi
limited omniscient narratorpengisah serba tahu terbataspengisah serba tahu terbataspengisah serba tahu terbatasKesusasteraan
multi-purpose processing tanktangki pengolah serba gunatangki pemprosesan serba gunatangki pemprosesan serba gunaPenternakan
12

Kembali ke atas