Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
incompatibilitytak serasi; tak sesuaiketidakserasiantak serasi; tak sesuaiPertanian
non-collineartak segaris; tak kolinearTiadatak segaris; tak kolinearMatematik
irregular bonestulang irregulartulang tak teratur/tak regulartulang tak teratur/tak regularPerubatan
aperiodictak-periodik/tak-berkalatak berkalatak berkalaKejuruteraan
aperiodictak-periodik/tak-berkalatak berkalatak berkalaKejuruteraan
irreversible isothermtak reversibal tak boleh balikisoterma tak boleh baliklengkung sesuhu tak boleh balikKejuruteraan
inseparabletak terpisah(kan)Tiadatak terpisahkan/tak boleh pisahMatematik
astable circuituntai tak mantaplitar tak stabil/litar tak mantaplitar tak stabil/litar tak mantapKejuruteraan
frictionless continuantkontinuan tak bergerisikmalaran tak bergesek/ kontinuan tak bergesekmalaran tak bergesek/kontinuan tak bergesekLinguistik
irrationalirasional, takrasionalTiadatak nisbah, tak nisbahanMatematik
12345678910...

Kembali ke atas