[tang.kal] | تڠکل
Definisi : = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan; ~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan bahaya petir; menangkal menolak bala (hantu, jin, penyakit, dll) dgn azimat dll: pisau dicabut dan Tun Mudim ~ dan menjampi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tang.kal] | تڠکل
Definisi : , = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)