Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, meĀ­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin meneĀ­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
capturetawanTiadatawanGeologi
screen capturetangkapan layartangkapan skrintawan skrinTeknologi Maklumat
data capture methodsmetode tangkap datakaidah tangkapan datakaidah tawan dataTeknologi Maklumat
data capture formsformulir tangkap databorang tangkapan databorang tawan dataTeknologi Maklumat

Kembali ke atas